Tuesday, July 23, 2019

Walau hanya RM1



Ia masih duit .. di tempat saya, kuih masih boleh didapati dengan harga 4 RM1. Nasi lemak RM1 pun masih ada, dan sedap pula tu…. Berbanding dengan sushi yang berharga RM2 satu, lagi untung beli kuih kan … Tapi ia terpulang pada tekak dan kocek masing - masing.  

Walau hanya RM1, jika dikumpulkan, ia akan tetap boleh banyak, walau ambil masa yang lama, walau rasa ia sedikit … Bak kata pepatah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Jangan membazir, dan berjimat sedaya mampu.

Tudung RM100 dan RM10 tak berbeza pun fungsinya, tapi dengan beza RM90, macam-macam boleh dibuat. Kalau sehelai tudung dapat jimat RM90, bayangkan lebih daripada sehelai … Tapi ia bukan mudah, sebab nafsu selalunya melangkahi akal …

Begitu juga dengan lain-lain barang. Tapi, memang susah nak berjimat kalau hati tak kental, tak kuat, dan tak biasa … Jadi, perlu biasakan yang baik, dan jauhkan pembaziran yang kurang baik.
Ini pun peringatan untuk diri sendiri.


Monday, July 22, 2019

Jom belajar bayar hutang

Diambil daripada FB Mufti Wilayah Persekutuan





Apabila tersepit dengan hutang, hati akan jadi gundah gelana, tidur tak lena, hati berdebar - debar, dan dalam keadaan ini, kita perlukan bantuan ...



Jangan malu untuk mengakui yang diri perlukan khidmat bantuan untuk mengatur kewangan kita ... Sebelum ia lebih melarat, lebih baik rawatnya dahulu.

Maka, carilah mereka yang boleh membantu untuk mneguruskan kewangan dan hutang kita ...

Jangan malu, tapi mulakan lah ...sebelum hutang membebankan diri sendiri.

Saya rekemenkan En Zaidi Ismail, dia boleh menolong untuk menstrukturkan kewangan kita...

Dia tak jual program, tapi dia akan menunjuk cara bagaiman hutang dapat dilangsaikan dengan lebi cepat ...

Klik sini untuk belajar daripada En Zaidi Ismail.

Jom Belajar Cara Selesaikan hutang dengan berkesan. Klik SINI  

Di bawah ini adalah contoh video bagaimana En Zaidi membantu menstriktur kewangan agar hutang dapat diselesaikan dengan lebih awal.

Konsep Rezeki Oleh Hamka

Rezeki oleh Hamka

Dipetik daripada FB ABE Nazz
 
Hamka, seorang ulama dan sasterawan Indonesia pernah berkata...

  -Rezeki tu bukan bermakna kamu dapat apa kamu nakkan, tapi pabila kamu terima apa yang Tuhan anugerahkan.

Kamu belajar tentang sirah. Tahu Mariam tak berkahwin tapi dapat anak. Itulah rezeki dia.



Kamu tengok pula sirah Saidatina Aishah. Kahwin tapi tak dapat anak. Itu pun rezeki dia.


Allah hantar Nabi Musa ke istana Firaun sebagai anak angkat untuk membawanya ke syurga. Tetapi tetap juga Firaun menjadi manusia paling celaka yang memilih neraka

Allah menghantar Nabi Nuh untuk menyelamatkan kaumnya tetapi anak dan isterinya sendiri derhaka dan enggan menerima dakwah baginda.

Makanya, pelajari lah sesuatu dari kisah-kisah seperti itu. Sungguh! Kamu akan faham bahawa rezeki masing masing tidak sama. Semua ada pro dan kontranya!

Orang yang ada suami, ada isteri, ada anak ni bermakna ada tanggungjawab juga. Mudah mendapat pahala. Tapi mudah juga mendapat dosa.




Yang tak bertemu jodoh, yang tak dikurniakan zuriat pun satu rezeki juga. Rezeki terlepas dari tanggungjawab dan risiko nak menjawab di hadapan Allah nanti.




Jadi, sebelum kamu terus mengeluh tentang itu dan ini, kamu kena faham dahulu konsep rezeki. Ada, tak semestinya untung. Tak ada, tak semestinya rugi.




Kamu dapat apa yang kamu nak, tak semestinya kamu boleh terus bergembira. Kamu tak dapat apa kamu nak, tak semestinya kamu tak boleh berbahagia.



Takdir Allah ni misteri sifatnya. Entah-entah airmata redha yang kamu titiskan dalam mengharungi rasa kecewa itulah yang menghanyutkan kamu ke syurgaNya.




Justeru, Rezeki tu bukan bermakna kamu dapat apa kamu nak. Tetapi bila kamu terima apa yang Allah kurniakan.


Kamu hanya akan bahagia sekiranya kamu terima pemberian itu dengan penuh redha.



Semoga nasihat Hamka ini bermanfaat. Until Then, Marilah Kita Bersyukur dengan Rezeki Yang Dikurniakan Kepada Kita Selama Ini dan Hari Ini

Tip Jimat 1


Guna sahaja apa yang ada …

Tak apa, sekarang ni kan matlamatnya nak gemukkan simpanan, jadi, belanja perlu dikurangkan … Hanya perlu beli barang keperluan sahaja, jangan mengular ke arah lain pula. 

Tapi, masalahnya , cadang hanya hendak beli beberapa barang sahaja, tetiba penuh troli, dan saya pun terjebak juga....

Cara pertama dan paling mudah nak jimat adalah dengan menggunakan apa yang ada … jangan tambah barang, jangan terikut dengan kawan …

Kalau ada bekas makanan yang masih elok, gunakan lah itu, begitu juga dengan pakaian, tudung, baju, seluar …  tak perlu nak tambah2 lagi ….

Ingat, aim kita nak jadi kaya, bukan kelihatan kaya

Nak buat pelbagai jenis tabung? Tak perlu beli tabung, guna sahaja bekas tertutup yang ada di rumah tu ….

Belajar berjimat, belajar lokek dengan diri sendiri, dan kesannya akan balik semula pada diri. 


Asas kewangan - Menyimpan



Menyimpan itu sangat lah susah .... tapi,  jika teringin dan terasa nak kaya, nak banyak duit, nak buat pelaburan, asas pertama dalam pembelajaran kewangan adalah kuatkan hati untuk menyimpan …. 

Sebab menyimpan itu susah jka tiada tekad yang kuat .

Menyimpan itu penting untuk mengembangkan kewangan kita. 

Menyimpan itu penting untuk menghadapi masa kecemasan. 

Menyimpan adalah langkah pertama ke arah pengumpulan harta. 

Kalau tak tahu menyimpan, susah tu .... Sebab itu, perlu belajar menyimpan duit sejak dari kecil. 

Perlu faham kepentingan dan keperluan mneyimpan ...

Menyimpan sangatlah mencabar kerana perlukan kecekalan dari dalam hati daripada tidak menggunakan wang yang ada.

Buat apa menyimpan bila duit itu boleh digunakan untuk macam-macam seperti beli barang, beli makanan, tengok wayang dan senarai yang boleh digunakan dengan duit adalah tidak berkesudahan.. jadi, memang susah untuk menyimpan.

Jadi, usahakan untuk menyimpan, baru boleh pergi ke langkah seterusnya, iaitu belanja…

Lagi banyak yang boleh disimpan, lagi bagus….maksudnya, perlu kurangkan belanja …

Sebab itu perlu faham konsep keperluan dan keinginan… Mahirkan konsep ini untuk kesenangan masa hadapan.