Monday, July 22, 2019

Tip Jimat 1


Guna sahaja apa yang ada …

Tak apa, sekarang ni kan matlamatnya nak gemukkan simpanan, jadi, belanja perlu dikurangkan … Hanya perlu beli barang keperluan sahaja, jangan mengular ke arah lain pula. 

Tapi, masalahnya , cadang hanya hendak beli beberapa barang sahaja, tetiba penuh troli, dan saya pun terjebak juga....

Cara pertama dan paling mudah nak jimat adalah dengan menggunakan apa yang ada … jangan tambah barang, jangan terikut dengan kawan …

Kalau ada bekas makanan yang masih elok, gunakan lah itu, begitu juga dengan pakaian, tudung, baju, seluar …  tak perlu nak tambah2 lagi ….

Ingat, aim kita nak jadi kaya, bukan kelihatan kaya

Nak buat pelbagai jenis tabung? Tak perlu beli tabung, guna sahaja bekas tertutup yang ada di rumah tu ….

Belajar berjimat, belajar lokek dengan diri sendiri, dan kesannya akan balik semula pada diri. 


No comments:

Post a Comment