Monday, July 22, 2019

Asas kewangan - Menyimpan



Menyimpan itu sangat lah susah .... tapi,  jika teringin dan terasa nak kaya, nak banyak duit, nak buat pelaburan, asas pertama dalam pembelajaran kewangan adalah kuatkan hati untuk menyimpan …. 

Sebab menyimpan itu susah jka tiada tekad yang kuat .

Menyimpan itu penting untuk mengembangkan kewangan kita. 

Menyimpan itu penting untuk menghadapi masa kecemasan. 

Menyimpan adalah langkah pertama ke arah pengumpulan harta. 

Kalau tak tahu menyimpan, susah tu .... Sebab itu, perlu belajar menyimpan duit sejak dari kecil. 

Perlu faham kepentingan dan keperluan mneyimpan ...

Menyimpan sangatlah mencabar kerana perlukan kecekalan dari dalam hati daripada tidak menggunakan wang yang ada.

Buat apa menyimpan bila duit itu boleh digunakan untuk macam-macam seperti beli barang, beli makanan, tengok wayang dan senarai yang boleh digunakan dengan duit adalah tidak berkesudahan.. jadi, memang susah untuk menyimpan.

Jadi, usahakan untuk menyimpan, baru boleh pergi ke langkah seterusnya, iaitu belanja…

Lagi banyak yang boleh disimpan, lagi bagus….maksudnya, perlu kurangkan belanja …

Sebab itu perlu faham konsep keperluan dan keinginan… Mahirkan konsep ini untuk kesenangan masa hadapan. 


No comments:

Post a Comment